Ahad, 26 Julai 2015

Beban itu aku yang rasa


Bismillahirrahmanirrahim.  In the name of Allah, the most gracious and the most merciful. Salam to all readers...

Sejak aku memutuskan untuk berhenti kerja di Farmasi, aku jadi makin muram..makin kososng. Aku semakin boring dengan  hidup aku. Aku rasa tiada arah tuju, hanya menyusahkan keluarga sahaja.  Pangkat degree yang aku dapat seperti sesuatu yang amat membebankan dan memalukan aku. Aku malu nak mengaku yang aku belajar sampai degree. Aku malu bila orang tanya aku kerja apa sekarang. Aku malu kerana masih tak mampu meringankan beban mak ayah aku. Perkara yang lebih terluka adalah keputusan aku untuk berhenti kerja di Alor Setar  hanya  kerana mengejar gaji yang lebih tinggi.

Semuanya tidak berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Aku tidak bekerja. Ingin berkahwin, keluarga tidak menyokong. Kini aku rasa keliru dengan diri aku. Rasa stress sangat. Semua orang boleh cakap apa pun tentang aku tapi yang merasa beban itu adalah aku.










Ahad, 12 Julai 2015

AKU HANYA INGIN MENANGIS!!!!


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the most gracious and the most merciful. Salam to all readers...



Raya nak dekat tapi semakin banyak pula masalah yang menimpa. Belum selesai satu perkara datang perkara yang lain pula. Dugaan  yang Kau beri pada hamba-Mu ini cukup ringan sebenarnya berbanding dengan dugaan2 yang Kau beri pada hamba2-Mu yang lain. Tapi kadang2 aku terjatuh jua..menangis dan terus menangis menyatakan mengapa semua ini terjadi padaku. Aku cuba redha untuk setiap ketentuan yang yang Kau beri padaku. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku cuba yakinkan diri aku untuk percaya kepda ketentuan-Mu. Pada masa yang sama aku bersyukur kerana Kau berikan rezeki kepadaku disaat aku kebuntuan. Ya Allah, hamba-Mu ini tidak sempurna dan masih mencari diri yang sebenar. Jangan Kau meninggalkan aku seorang diri dan berilah aku jalan ke arah kebenaran-Mu. Kuatkan hati dan imanku untuk terus melawan hasutan2 di sekelilingku dan kuat menghadapi dugaan ini. Aamiin.



Ahad, 5 Julai 2015

Luka

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the most gracious and the most merciful. Salam to all readers..

Tahun ini tahun yang mencabar buat aku, tahun yang penuh dengan tekanan. Sejak kejadian beberapa bulan yang lepas, hubungan aku dengan keluarga agak tegang. Setiap kali aku balik rumah dan sepanjang perjalanan itu, aku akan menitiskan air mata dan cuma Allah je tau apa yang aku rasa ketika itu. Walaupun, aku cuba berusaha untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala, namun masih tidak berhasil. Hati aku menangis dan sakit lagi bila lihat mereka gembira bersama adik-adikku tapi bukan dengan aku. Semalam, akhirnya ayahku membuka katanya walaupun tak panjang tapi cukup memberi kesan pada hatiku. Hati aku berdebar-debar, tak tahu nak berada di pihak yang mna. Sana aku sayang, sini pun aku sayang. Akhirnya, aku kuatkan semangat untuk memberitahu dia. Aku tak tahu, apa yang akan jadi seterusnya...aku harap dia tidak menambahkan kerungsingan di hati aku dan mampu berfikir secara rasional. itupun jika dia masih sayangkan aku. Jika tidak aku redha dengan ketentuan ini. Berilah aku semangat untuk terus berjuang mempertahankan impian aku, berilah aku kekuatan untuk menahan luka di hati. Semoga bahagia itu akan sampai juga kepadaku. Aamiin.